
Assalamualaikum w.b.t
Saya amat berbesar hati kerana Kelab ICT Sekolah Kebangsaan
Murni Jaya di bawah pimpinan En. Mohd Rafique Bin Kosni
telah berjaya menerbitkan laman web sekolah buat pertama
kalinya. Tahniah kepada AJK Kelab ICT yang telah bertungkus-lumus
untuk menerbitkan laman web ini.
Walaupun ini adalah kali pertama laman web sekolah dibangunkan,
namun saya percaya AJK Kelab ICT telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menghasilkan laman web sekolah yang terbaik. Penerbitan
laman web sekolah kali pertama ini boleh dijadikan batu
asas bagi membangun dan mengemaskini laman web yang lebih
baik pada tahun-tahun akan datang.
Melalui laman web rasmi ini, semua warga sekolah mempunyai
peluang yang luas untuk menyumbang karya dan idea mereka.
Disamping itu, laman web ini juga menjadi penghubung untuk
menyampaikan maklumat dan pencapaian sekolah kepada ibu
bapa dan masyarakat sekeliling. Para pelajar seharusnya
sedar akan cabaran yang harus ditempuhi pada masa hadapan.
Mereka sewajarnya merebut peluang pembelajaran di sekolah
dengan sebaik-baiknya. Tanpa kesedaran ini, mereka akan
ketinggalan dan tewas dalam persaingan dunia tanpa sempadan
ini.
Di ruangan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh guru-guru
dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Murni Jaya sepanjang
tahun dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
Kerjasama seumpama ini amat penting untuk meneruskan tradisi
kecemerlangan dan kegemilangan sekolah seterusnya memupuk
peribadi pelajar yang mulia.
Akhir kata, syabas dan terima kasih kepada semua.
EN. MOHD. ALI BIN MOHAMMAD
Guru Besar,
Sek. Keb. Murni Jaya.